top of page
HS Bio

Hong Seng meterai SSA dengan PDSB bernilai RM1.09 juta

Updated: Apr 18, 2022


Hong Seng Consolidated Berhad (Hong Seng) melalui sayap syarikat penjagaan kesihatan, HS Bio Sdn. Bhd. (HS Bio) telah memeterai perjanjian penjualan dan pembelian (SSA) dengan pemegang saham Premiumway Development Sdn Bhd (PDSB).


Perjanjian tersebut yang melibatkan cadangan pemilikan 100 peratus kepentingan dengan nilai RM1.09 juta dilaksanakan melalui anak syarikat milik penuhnya, NeoGenix Laboratoire Sdn. Bhd. (NeoGenix Lab).


Pengarah Eksekutif Hong Seng, Christopher Chan berkata, susulan daripada SSA, HS Bio bercadang untuk memiliki hartanah milik PDSB bagi membolehkan syarikat tersebut membangun dan mengembangkan operasi penjagaan kesihatan khususnya untuk meningkatkan kapasiti makmal bagi mengekang wabak Covid-19.


“Cadangan pemilikan tersebut adalah untuk membangunkan ibu pejabat HS Bio susulan daripada pelan pengembangan Kumpulan yang memerlukan kawasan pejabat yang lebih luas.


“Sepanjang cadangan pengembangan HS Bio itu untuk membangunkan perniagaan penjagaan kesihatan, adalah penting bagi Kumpulan menyepadukan operasi anak syarikat untuk mengurus dan meningkatkan kecekapan perniagaan,” katanya yang juga Pengarah HS Bio dalam kenyataan.


Selain itu, Chan menerangkan, perluasan ruang kawasan tersebut akan membolehkan Kumpulan melalui anak syarikatnya, HS Cloud Lab Sdn. Bhd. (HS Cloud Lab) yang mengendalikan operasi platform pengurusan makmal yang menawarkan logistik kritikal dan juga penyelesaian rangkaian bekalan untuk klinik dan juga makmal yang berpotensi.


“Ia akan membolehkan HS Cloud Lab bekerjasama dengan rakan industri lain yang akan membantu mengekang pandemik Covid-19.


“Kami telah diberi amaran terhadap kemungkinan gelombang baharu wabak ke Malaysia, sehubungan itu, ini adalah masa yang terbaik untuk pemain industri bersaing sesama sendiri tetapi bertindak sebagai rakan sekumpulan untuk menggunakan kekuatan masing-masing,” jelasnya.


7 views0 comments

Comentários


Os comentários foram desativados.
Post: Blog2_Post
bottom of page